5 Teknik Mengingat dengan Mudah
Siapa ada masalah
nak mengingat, menghafal? Siapa yang tiada, anda sangatlah beruntung dan perlu
bersyukur sebab apa? Sebab diberikan daya ingatan yang segar dan kuat. Bagi
yang susah nak mengingat itu, jangan lupa untuk bersyukur juga ya!! Anda juga
bertuah sebab masih diberikan peluang berfikir untuk berusaha
bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu dan mengingat dengan cara anda
tersendiri. Orang kata nak berjaya, kenalah usaha lebih lagi malah mesti
berganda-ganda. Teknik mudah untuk mengingat sebenarnya banyak tapi yang paling
utama adalah dalam diri anda sendiri. Bagaimana? Dengan keazaman, keyakinan dan
sentiasa positifkan diri anda sendiri bahawa anda boleh. Saya Boleh!!
Berdoa
Senjata orang
mukmin adalah dengan berdoa. Siapa kita, menidakkan untuk berdoa tetapi
keinginan melebihi segala-galanya. Dengan berdoa, seseorang akan lebih tenang
dalam menghadapi kerja seharian. Dengan ucapan “Bismillah” di awal pagi sahaja
membantu memudahkan urusan harian dan memberikan keberkatan kepada kita.
Inikan pula
dengan doa-doa yang lain. Amalkanlah doa sebelum belajar dan doa menguatkan
ingatan. Tapi nak dapatkan doa di mana ya? Internet, di kedai-kedai,
perpustakaan dan banyak lagilah tapi yang penting usaha kena ada untuk mencari.
Kalau tak pun doa
dalam bahasa kita sendiri pun boleh sebab Allah Maha Mendengar tapi kenalah
konsisten dan selalu. Bukannya sekali sahaja doa, selepas tu dah. Usaha tu yang penting, usaha dalam
berdoa. Jangan malas pula berdoa. Nak berjaya tapi malas pula.
Mempersiapkan
dan Menyegarkan Diri
Kenalpasti waktu di mana kemampuan otak anda berfikir untuk menghafal. Antara waktu yang sesuai untuk menghafal adalah
ketika mana diri anda dalam keadaan segar seperti waktu sebelum subuh atau pagi
hari. Tetapi ada sahaja yang berasa segar pada waktu tengah malam kerana
keadaan yang sunyi dan nyaman untuk belajar. Maka, sesuaikanlah diri anda untuk
belajar dan menghafal pada mana-mana waktu yang sesuai dengan diri sendiri.
Sebelum memulakan hafalan, pastikan diri anda segar, bersemangat,
tidak penat dan sewaktu dengannya agar hafalan anda lebih kuat. Mandi dan
bersihkanlah diri dahulu sebelum belajar. Nak tambah power dan berkesan lagi, dengan menunaikan solat wajib mahupun sunat sebelum memulakan pelajaran.
Pilihlah kawasan yang selesa dan tenang. Mengafal dalam
keadaan yang bising berkemungkinan akan menganggu konsentrasi fikiran anda
seperti di pasar-pasar dan seumpamanya. Tapi, tidak salah sekiranya itulah
tempat yang anda rasakan mudah bagi anda. Sebab tidak semua adalah sama dengan
cara kita. Terpulanglah kepada kita dalam memastikan keadaan sekeliling dan masa
yang sesuai bagi diri sendiri untuk memulakan hafalan. Janji apa yang dihafal
adalah bermanfaat dan berkekalan.
Menulis
Sebelum Menghafal
Sebelum memulakan
hafalan, rajin-rajinkan lah diri anda untuk menulis serba sedikit
perkara-perkara penting seperti point-point yang mudah diingati dan difahami.
Boleh juga hanya dengan menulis tajuk besar dan sub-sub topik yang ada agar
mudah untuk dihuraikan dan difikirkan kelak.
Point yang dicatat juga boleh kita pendekkan dan kaitkan
dengan hal-hal sekeliling kita. Anda gabungkan point yang perlu diingat hanya
menjadi satu perkataan atau ayat sahaja. Ia dikenali sebagai cara hafalan
Mnemonik dengan penggunaan akronim, akrostik, cerita, kata kunci, perumpamaan
visual (Imagery), Pancang (Peg Word), dan teknik Loci. Banyakkan? Jadi anda
kenal pasti, belajar dan ikutlah yang mana bersesuaian dan mudah.
Melalui cara menulis sebelum menghafal dapat memberi
gambaran awal kepada akal fikiran sebelum menghafal. Ia akan memudahkan kerja
otak anda untuk menganalisis data-data pada peringkat seterusnya. Jadi
rajin-rajinkan diri untuk menulis dahulu sebelum memulakan hafalan. Kerja keras
sikit ya.
Mencatat
Kembali Hafalan
Hafal lah nota-nota anda itu sebaik mungkin selepas menulis.
Selepas menghafal cuba untuk mencatat kembali hafalan anda di dalam satu
kertas. Nak buat macam mana? Dalam bentuk peta minda? Point-point? Karangan
atau berbentuk cerita atau ada cara lain lagi? Terpulang kepada anda. Sebab
anda yang menghafal dan ingat apa yang telah dihafal.
Boleh juga anda hanya catatkan tajuk atau sub tajuk
sesuatu subjek itu. Seterusnya anda ceritakan dalam minda anda sahaja mahupun
huraikan dalam bentuk visual peta minda dan sebagainya.
Cuba untuk
gambarkan sebaik mungkin hafalan anda. Kemudian bandingkan catatan anda sebelum
menghafal dan selepas hafalan yang mana lebih baik. Nilaikan hasil hafalan
anda, dan sekiranya kurang memuaskan cuba lagi dan lagi. Sehinggalah daya
ingatan anda semakin kukuh.
Mengajar
Seseorang atau Kepada Diri Sendiri
Ilmu dikatakan
akan bertambah sekiranya kita berkongsi kepada orang lain. Ada yang menyatakan
bahawa, “Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan
kita”. Jadi tunggu apa lagi, mudahkan lah urusan kawan-kawan kita, kejayaan pun
boleh dicapai bersama-sama. Baru best!!
Setelah hafalan
dibuat, bolehlah kuatkan ingatan hafalan dengan menceritakan kepada orang lain
pula. Kalau segan sangat, ceritakan dekat kucing atau haiwan lain pun boleh.
Tak ada haiwan, tidak mengapa ceritalah dengan diri sendiri melalui cermin.
Cara ini dapat meningkatkan daya ingatan kita melalui pengulangan bacaan dan
penceritaan yang kita ucapkan. Sebab anda sudah menggunakan deria melihat,
membaca, mendengar bahkan menulis pun ada.
Jadi tidak ada
sebarang alasan lagi untuk diri anda mengatakan “Kenapa lupa ni, padahal
semalam baru baca, apalah jawapan ni?!! Arggghhh..” semasa dalam ujian ataupun
peperiksaan. Mulakanlah dari sekarang sekiranya diri anda tahu menghafal mengambil
masa. Setelah selesai semua mohonlah kepada Allah yang Maha Esa agar meredhai
dan memberkati hafalan dan usaha kita.





