3 Teknik Memberi Pujian
Pujian? Siapa yang tidak suka
dipuji? Boleh dikatakan ramai di dunia ini yang suka untuk dipuji, tapi untuk
memuji dengan ikhlas susah pula nak jumpa. Ya tak?
Maka, dengan
adanya beberapa teknik ini dapat membantu kita semua meningkatkan daya
komunikasi kita untuk memuji dengan cara yang baik dan berkesan. Melalui
pujian lah dapat membantu seseorang itu meningkatkan keyakinan diri, motivasi
dan menaikkan semangat seseorang itu.
Jadi tidak
salahlah kita membantu seseorang itu agar bersemangat untuk belajar mahupun
dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan hanya melalui dengan pujian sahaja.
Bak kata orang “Tolong-menolong amalan yang mulia”. Jangan pula pujian yang membinasakan seseorang pula ya.
Ketulusan
dan Keikhlasan
Setiap pujian
mestilah dengan penuh ketulusan dan keikhlasan. Jika pujian yang diberikan
adalah palsu, ianya akan meninggalkan kesan buruk kepada pemuji dan orang yang
dipuji seperti pujian yang tidak sepadan dengan situasi pada masa itu.
Ianya boleh dianggap sebagai pujian yang berbentuk perlian (mengejek).
Orang kata, jika
pujian yang diberikan tidak ikhlas, amat mudah untuk dikesan dan diketahui.
Maka, berhati-hatilah dalam memuji agar tidak menguris hati mana-mana pihak.
Apabila memuji juga, cubalah untuk menatap mata orang itu bagi membuktikkan ketulusan
dan keikhlasan daripada diri kita. Kan dari mata turun ke hati.
Masa yang Bersesuaian
Seseorang akan
terkesan apabila pujian diucapkan pada masa yang tepat dan bersesuaian.
Sentiasalah memastikan pujian adalah bersesuaian dengan situasi sebelum ianya
diucapkan. Contohnya, guru memberi pujian di hadapan rakan-rakannya pada waktu
itu juga mengenai prestasi pelajar itu yang berjaya menguasai bab dalam mata
pelajaran itu. Berbanding, menangguhkan pujian itu pada keesokan harinya. Majikan
memberikan pujian kepada pekerjanya yang cemerlang dalam sidang mesyuarat.
Apabila ditangguh
sesuatu pujian yang sepatutnya diucapkan waktu itu, secara tidak langsung ia akan mewujudkan tanggapan
bahawa pujian itu hanyalah ucapan semata-mata tanpa adanya ketulusan lagi. Manakala,
bagi pujian yang diucapkan pada tempat yang sesuai sepertimana di dalam kelas
atau di khalayak ramai, secara tidak langsung akan mendorong orang lain juga
untuk termotivasi atau cuba untuk melakukan perkara yang sama
sepertimana orang yang dipuji atas hasil kerjanya itu.
Jadi, bila nak
puji seseorang itu biarlah kena pada tempat, masa dan situasi barulah yang
mendengar terkesan dan bersemangat. Pujian bagi tujuan motivasi untuk diri
tidak mengapa, jangan timbul pula perasaan riak dan bangga diri ya. Tidak
bagus untuk kesihatan mental, rohani dan jasmani.
Mecari Sesuatu
Untuk Dipuji
Nak memuji
seseorang perlulah berdasarkan kepada perkara-perkara tertentu. Cari, kenali
dan selidiklah seseorang itu agar kita lebih mengetahui akan kelebihan,
kekuatan malah kekurangannya. Pujian dapat diucapkan mengenai penguasaan seseorang
itu dalam sesuatu perkara bagi meyakinkan kekuatan dan kelebihan yang
mereka ada. Maka, mereka akan mengetahui kelebihan mereka dan akan mendorong
meningkatkan keyakinan dan motivasi diri sendiri untuk berjaya. “Awak suka
Bahasa Inggeris ya? Sebab saya lihat kamu amat berpotensi dan boleh dikatakan
terbaiklah.” Jadi, si pelajar ini pun berkeyakinan dalam penguasaan
bahasanya dan akan mendorong pelajar lain untuk belajar dengannya.
Manakala, pujian
kepada kekurangan seorang juga dapat diucapkan dengan mencari kelebihannya yang
lain. Sebab semua orang akan ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri,
terpulang kepada kita dalam menilai. Seperti si A ni sukar untuk memahami
subjek Biologi dan Matematik Tambahan. Bagi anda bagaimana? Susahkah? Maka,
cikgu pun selalu memujinya atas usaha dan kerajinnanya dalam usaha untuk
menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. “Awak ni semakin hari semakin
menunjukkan peningkatanlah, rajin, tidak mudah putus asa, jadi saya doakan awak
berjaya sentiasa”.
Walaupun pujian
yang diberikan hanya lebih kepada hasil usahanya, tetapi ianya amatlah besar
sebab terasa bagaikan masih ada yang menghargai dirinya. Tidak mustahil dengan
pujian dan doa yang diberikan oleh seseorang akan mendorong dia berjaya malah
lebih berjaya lagi daripada orang lain. Jadi, kalau nak puji seseorang itu
pujilah dan cuba hargai diri orang itu agar dia lebih bersemangat dan
termotivasi.


